Semua manusia tahu dia akan mati dan meniggalkan badan ini suatu hari nanti tetapi dia tidak sedar atau bersedia untuk menghadapi kematian. Ini yang menyebabkan roh manusia yang belum bersedia menemui kematian tidak tenteram setelah meninggalkan badannya.
Roh-roh ini tidak tenteram kerana dia tiada sebarang info atau pengetahuan tentang kematian dan tidak bersedia untuk menghadapinya. Dalam banyak kes roh orang yang mati dengan tiba-tiba seperti kemalangan , dibunuh atau mati dalam tidur tidak akan sedar bahawa dia sudah mati . Rohnya akan percaya bahawa dia sedang tidur atau hanya meninggalkan badannya buat sementara seperti ” Astral Projection “. Roh-roh yang mati sebegini akan cuba untuk memasuki kembali kedalam badannya atau badan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Roh-roh ini juaga akan mencari bantuan dari ahli keluarga , saudara mara , kawan-kawan atau orang yang mampu berhubung dengan roh untuk teruskan kehidupan.
Roh orang yang mati bunuh diri , dibunuh atau mati diseksa akan kembali untuk mencari orang yang menyebabkan kematiannya. Pelbagai gangguan , masalah , penyakit , kesusahan akan diberikan oleh roh itu kepada orang yang menyebabkan kematiannya , malahan ada juga yang membunuh pesalah. Roh-roh ini akan mengambil sebuah jangka masa untuk mengembali kerana terlalu panik dan takut dengan kematiannya , ia tidak dapat membuat sebuah keputusan dengan cepat.
Roh orang yang mati dalam usia yang muda dan roh orang yang sangat kuat hawa nafsunya akan kembali , untuk memuaskan nafsunya. Mereka akan mencari orang yang hidup dengan cara hidup yang mereka gemari , dan mendampingi mereka . Contohnya : Kaki perempuan , kaki botol , kaki judi dan sebagainya.
Roh orang yang meninggal dalam usia yang tua dan roh orang yang mati selepas berpenyakit berpanjangan , tidak akan kembali kecuali untuk tujuan membantu. Mereka tidak kembali kerana mereka sudah kenal maksud kematian semasa mereka masih hidup dan mereka meniggalkan badan badan ini dengan rela hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan