Selasa, 26 Jun 2012

Hari Harta Intelek dan Hari Kerjaya SSP 2012


Bagi makluman pelajar SSP dan pembaca-pembaca, pada hari esok, bertarikh 27 Jun 2012, Sekolah Seri Puteri akan mengadakan sambutan Hari Harta Intelek Negara bagi peringkat sekolah. Ceramah Kesedaran Harta Intelek akan disampaikan oleh PUAN SURAYA MOHAMAD dan ceramah akan bermula pada jam 10.00 pagi. 

Kumpulan sasaran adalah semua murid SSP Cyberjaya dan 13 buah SBP Zon Tengah dan beberapa SBP Zon Selatan, Utara dan Timur (5 orang wakil setiap sekolah). 



Selain itu, pada 6 Julai 2012, Sekolah Seri Puteri akan menjadi penganjur Hari Kerjaya. IPT dan semua Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah dijemput hadir. Terdapat 'booth-booth' yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sekolah Seri Puteri.


Diharapkan program-program ini mendapat sambutan dan 'feedback' positif daripada semua pihak!!

Ahad, 22 Januari 2012

Kempen 3S - Senyum Sapa Salam

Assalamualaikum wbt. Apa khabar pembaca blog UBK sekalian? Baru-baru ini, Sekolah Seri Puteri telah melancarkan Kempen 3S - Senyum, Sapa dan Salam sebagai satu galakan bagi warga sekolah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan cara yang begitu mudah, iaitu senyum, sapa dan salam.


'Button' Kempen 3S


'Button' ini wajib dipakai oleh semua warga sekolah sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini :)


Pagi Majlis Pelancaran.



Persediaan bagi gimik pelancaran.


PRS Tingkatan 5 - masih menjalankan tanggungjawab!




Guru-guru Sekolah Seri Puteri.



Bonda Hajah Rashidah, Pengetua Cemerlang Sekolah Seri Puteri memberikan ucapan.




Bonda, Mama Mona dan Pn. Hajar melepaskan belon sebagai simbolik perasmian kempen ini.



Guru-guru turut melepaskan belon masing-masing.




Bonda menyampaikan 'button' kepada wakil guru, staf dan murid.


Perancangan aktiviti sepanjang kempen berlangsung.


Video ringkas pengenalan Kempen 3S yang dibuat oleh PRS Tingkatan 5.



Pengucapan awam yang menarik daripada Edda Nadira, wakil PRS Tingkatan 5.







Persembahan koir murid-murid Tingkatan 3 yang turut disertai semua warga sekolah.

Diharap kempen ini akan mendapat sambutan baik daripada seluruh warga Sekolah Seri Puteri. Komunikasi yang baik akan mengeratkan ukhwah.


Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.


Sesungguhnya, senyum itu sedekah. Renung-renungkanlah dan selamat beramal! :)







NNASNM

Isnin, 24 Oktober 2011

Majlis Makan KFC

   Semua Pembimbing Rakan Sebaya telah diberikan ganjaran makan 'KFC' yang telah dibeli oleh Cikgu Azanah Oleh dan Cikgu Hajar kerana telah membantu cikgu dalam Program SIP bersama-sama tiga buah sekolah Terima kasih diucapkan kepada cikgu kerana sudi membelanja kami XD







Sabtu, 8 Oktober 2011

Program Merekayasa Peringkat Negeri Selangor 2011

    Karnival Merekayasa Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Vokasional, Sungai Buloh pada hari Isnin bersamaan 3/10/11 jam 9.00 pagi. Semua Pejabat Pelajaran Daerah dari seluruh negeri Selangor yang terdiri daripada 12 buah daerah iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Ampang Jaya, Kajang, Selayang, Sepang dan Subang Jaya telah menyertai karnival ini.

    Sempena dengan karnival ini, 4 pertandingan telah dipertandingkan iaitu Kaunselor Muda, Membina Blog, Facebook dan Pertandingan Video Korporat. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah mewakili Daerah Sepang dalam keempat-empat pertandingan tersebut. Di samping itu, pameran kerjaya, pameran Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan simulasi penerbangan telah diadakan. Tuan Abdullah bin Mat Yunus, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor telah merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah. Para Pengetua SMK turut menghadirkan diri dalam Majlis Penutupan.   

    Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang mewakili daerah Sepang telah memenangi tempat ketiga dalam 'Facebook' dn saguhati bagi Pertandingan Membina Blog. Manakala, Aliah Syahmina Mohd Nazarudin telah diumumkan sebagai kaunselor muda kerana memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kaunselor Muda. Tahniah diucapkan.
SM Vokasional Sungai Buloh

Pameran Bilik UBK

Kaunselor Muda = Aliah Syahmina Mohd Nazarudin





















Facebook






















Membina Blog





Video Korporat


Ahad, 2 Oktober 2011

PMR 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Seri Puteri mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada calon - calon PMR 2011 Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. 

  • Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh bertawaklah kepada Allah. Allah Berfirman;
فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ
"sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal."
(surah Ali 'Imran ayat 159)




Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Seri Puteri mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada calon - calon PMR