Selasa, 6 September 2011

ADAKAH KARMA ITU DIWARISI?




Adakah dosa , pahala atau karma  seseorang  akan diwarisi oleh anak – anaknya , keturunannya  atau ahli keluarganya  yang lain?. Kita mungkin pernah dengar , jika seseorang melahirkan anak yang cacat atau kurang upaya , anak itu akan diketogorikan sebagai anak hasil dosa atau karma ibu bapanya . Sama  juga , apabila seorang anak hidup dengan  kemewahan , kehidupan anak tersebut akan diketogorikan sebagai  hasil  pahala  ibubapanya.
 Adakah hasil dosa atau pahala seorang  ibubapa  akan diwarisi oleh generasinya ?  Sudah tentu tidak !!
Jika kita lihat dari sudut spiritual dan hukum alam setiap seorang manusia yang lahir kedunia ini adalah sebuah kehidupan yangberlainan dan tiada sebarang hubungan dengan sebuah nyawa yang lain , kecuali hukuman karma .Seorang manusia melahirkan dan membesarkan seorang manusia yang lain mengikut ikatan karma. Hubungan keluarga , ibubapa , adik beradik , suami isteri , sanak saudara , kawan-kawan dan sebagainya ditentukan mengikut ikatan karma sahaja.

Seorang akan melahirkan anak yang cacat , hanya jika dia ada baki karma buruk yang belum dijelaskan. Seorang manusia hanya akan lahir dengan kekurangan jika dia ada karma yang perlu dijelaskan. Apabila seorang ada karma untuk melahirkan anak yang cacat dan seorang lagi ada karma untuk lahir sebagai cacat , kedua-dua orang ini akan disatukan dengan ikatan karma dan dihubungkan sebagai ibubapa dan anak. Seorang anak bukan lahir dengan kekurangan kerana karma ibubapanya tetapi , kerana hasil karmanya sendiri.

  • Bilakah dia lakukan karma tersebut ?
  • Adakah pada kehidupan sebelumnya?
  • Pernahkah dia hidup didunia ini sebelum ini ?

Ya ! Dia pernah hidup didunia ini sebagai manusia sebelum ini . Dosa yang dia lakukan pada masa itulah yang diwarisinya pada kehidupan ini . Jika kita melakukan dosa pada kehidupan ini dan mati sebelum menyelesaikannya , kita akan lahir semula dan menyelesaikan karma hasil dosa kita dari kehidupan sebelumnya. Agama Budda , Zen , Samanam , Sikh , Hindu dan sebagainya percaya manusia akan lahir kedunia ini berulang kali sehingga dia menyelesaikan semua baki karmanya.

Saya percaya kepada hidup dan mati berulangan (reincarnation) , saya  tak suruh anda percaya kepada hidup dan mati berulangan (reincarnation) . Percaya atau tidak itu terpulang kepada kepercayaan masing-masing.


Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada yang dikerjakannya [ Al Quran : 74 : 38 ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan