Isnin, 24 Oktober 2011

Majlis Makan KFC

   Semua Pembimbing Rakan Sebaya telah diberikan ganjaran makan 'KFC' yang telah dibeli oleh Cikgu Azanah Oleh dan Cikgu Hajar kerana telah membantu cikgu dalam Program SIP bersama-sama tiga buah sekolah Terima kasih diucapkan kepada cikgu kerana sudi membelanja kami XD







Sabtu, 8 Oktober 2011

Program Merekayasa Peringkat Negeri Selangor 2011

    Karnival Merekayasa Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Sekolah Menengah Teknik Vokasional, Sungai Buloh pada hari Isnin bersamaan 3/10/11 jam 9.00 pagi. Semua Pejabat Pelajaran Daerah dari seluruh negeri Selangor yang terdiri daripada 12 buah daerah iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Ampang Jaya, Kajang, Selayang, Sepang dan Subang Jaya telah menyertai karnival ini.

    Sempena dengan karnival ini, 4 pertandingan telah dipertandingkan iaitu Kaunselor Muda, Membina Blog, Facebook dan Pertandingan Video Korporat. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah mewakili Daerah Sepang dalam keempat-empat pertandingan tersebut. Di samping itu, pameran kerjaya, pameran Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan simulasi penerbangan telah diadakan. Tuan Abdullah bin Mat Yunus, Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor telah merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah. Para Pengetua SMK turut menghadirkan diri dalam Majlis Penutupan.   

    Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang mewakili daerah Sepang telah memenangi tempat ketiga dalam 'Facebook' dn saguhati bagi Pertandingan Membina Blog. Manakala, Aliah Syahmina Mohd Nazarudin telah diumumkan sebagai kaunselor muda kerana memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kaunselor Muda. Tahniah diucapkan.
SM Vokasional Sungai Buloh

Pameran Bilik UBK

Kaunselor Muda = Aliah Syahmina Mohd Nazarudin





















Facebook






















Membina Blog





Video Korporat


Ahad, 2 Oktober 2011

PMR 2011

Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Seri Puteri mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada calon - calon PMR 2011 Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. 

  • Selepas kita berusaha bersungguh-sungguh bertawaklah kepada Allah. Allah Berfirman;
فًإِذًا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَهِ إِنَّ اللَهَ يُحِبُّ المُتَوَكِّلِينَ
"sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah.sesungguhnya Allah suka kepada orang yang Bertawakal."
(surah Ali 'Imran ayat 159)




Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Seri Puteri mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada calon - calon PMR


    Persediaan Sebelum Menjelangnya Peperiksaan



    1. Menjaga pemakanan : 
    Mengambil makanan yang boleh membantu menambahkan oksigen ke otak. Makanan yang berkhasiat seperti kismis perlu di amalkan.

    2. Menjaga kesihatan fizikal : 
    Menghindari daripada melaksanakan aktiviti fizikal yang keterlaluan. Menjalankan aktiviti tanpa mengira cuaca dan tenaga yang digunakan.
    Jika aspek ini diabaikan kemungkinan akan menjejaskan keadaan kesihatan seseorang dan seterusnya akan menjejaskan persiapan Peperiksaan

    3. Meningkatkan amalan kerohanian. 
    Merendah diri. Melaksanakan solat hajat agar situasi psikologi sesorang lebih tenang dan yakin.

    4. Meningkatkan hubungan dengan guru
     Dengan cara bertanya mengenai soalan yang tidak difahami. Meminta nasihat mengenai persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

    5. Sentiasa mohon restu dari ibu bapa.

    Walk For Health

    1 Oktober 2011, Pembimbing Rakan Sebaya  dan murid - murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telah menyertai acara Walk For Health anjuran Kementerian Perusahaan dan Komoditi. Acara telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti kuiz dan cabutan bertuah. Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis jemputan iaitu Ariel dan Mila. Beberapa pelajar  dan guru Sekolah Seri Puteri juga telah menjadi pemenang bertuah apabila berjaya memenangi cabutan bertuah. Hadiah - hadiah yang diterima berupa iPad 2, DVD player, TV LCD 42', dan TV LED.

















    Sambutan Hari Raya Sekolah Seri Puteri

    Majlis sambutan hari raya sekolah telah diadakan pada 24 September 2011. Majlis telah dihadiri oleh tetamu - tetamu kehormat dan para ibu bapa. Beberapa sekolah angkat turut dijemput hadir untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya. Antara sekolah yang hadir ialah SK Bharu Lanjut.Mereka telah memeriahkan majlis sambutan hari raya dengan mengadakan satu persembahan yang cukup menarik. Majlis berjalan dengan lancar dan baik.






    Tetamu Kehormat dan YDP PIBG
    Persembahan oleh murid - murid SK Baru Lanjut
     Para jemputan Dan Ibu Bapa
    Guru - guru SK Baru Lanjut

    Pelajar SK Baru Lanjut
    Sambutan Hari Raya
    Guru - guru Sekolah Seri Puteri.
    Add caption

    Program Sekolah Angkat








    Pada 15 September 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menerima kunjungan dari sekolah angkat Sekolah Seri Puteri, iaitu SMK Tanjung Sepat, Sekolah Kebangsaan Bharu Lanjut, dan SMK Pulau Carey.
    Pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama- sama.

    Sabtu, 1 Oktober 2011

    Percintaan dan Remaja

    Saya positif bahawa terdapat sebahagian besar daripada remaja yang mempunyai konflik dengan percintaan. Sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana gagal dalam bercinta serta berjanji dan bersumpah untuk setia. Apa yang dijangka hujan sampai ke petang, namun hujan di tengah hari.

    Pelbagai masalah timbul akibat percintaan, namun tidaklah sesekali bercinta itu dikategorikan sebagai satu kesalahan.Cinta yang tulus masih lagi satu perasaan yang suci antara manusia. Namun, untuk bercinta pada usia yang muda, adakah itu satu keperluan? Ruang yang luas disediakan untuk anda berfikir dengan lebih terbuka apakah impak-impaknya serta mengapa anda ditegah untuk bercinta sewaktu remaja?

    1. Anda perlu membahagikan tumpuan anda kepada empat perkara penting dan selalu yang terjadi adalah anda lebih menumpukan kepada kekasih anda dan seterusnya memberi impak kepada, keluarga, rakan-rakan serta pelajaran yang semakin terabai. Fokus yang semakin pudar akan menyebabkan anda tidak lagi berminat untuk belajar. Seterusnya mengganggu laluan masa hadapan anda yang cerah.

    2. Kedua, satu hakikat yang perlu diterima semua remaja, walaupun kita merasakan kita sudah dewasa dan mampu berfikiran matang, Kita masih belum. Fikiran kita yang masih belum matang akan menyebabkan percintaan kita itu kadang kala hanyalah satu permainan. Segala janji yang ditabur lahir daripada fikiran yang masih belum matang. Sedangkan masa hadapan dalam pekerjaan serta pelajaran masih belum terlihat, bagaimanakah kita mampu melihat masa hadapan yang cerah bagi sebuah keluarga?

    3.Perpisahan merupakan satu perkara yang paling susah untuk dikendalikan oleh pasangan yang bercinta. Di waktu remaja, kerja yang tidak matang sering dilakukan. Sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana terlampau kecewa dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang melanggar hukum agama dan sebagainya. Cinta merupakan salah satu faktor utama masalah sosial remaja pada zaman sekarang.

    Namun, kami langsung tidak menafikan bahawa masih ada pasangan remaja yang kekal hingga ke jinjang pelamin. Cinta itu masih sesuatu yang indah dan suci jika ia benar-benar lahir dari hati dan jiwa bukan dari nafsu semata-mata. Janganlah kita mencarinya kerana sesungguhnya cinta yang benar akan datang kepada kita suatu hari nanti , pada masa yang tepat dan sesuai. Percayalah padaNya serta takdir yang ditentukan-Nya.

    Cinta pada bunga, bunga akan layu.
    Cinta pada harta, harta akan habis.
    Cinta pada manusia, manusia akan mati.


    Maka cintailah Dia yang Maha Mencintai.



    -Seri Amalina