Jumaat, 30 September 2011

Keyakinan Diri

Salam sejahtera buat warga Sekolah Seri Puteri dan pembaca sekalian. Menyedari hakikat bahawa masih terdapat segelintir pelajar sekolah yang kekurangan keyakinan diri, kami akan berkongsi sedikit tips dan info tentang keyakinan diri bagi membimbing rakan-rakan khususnya pelajar Sekolah Seri Puteri agar dapat membina jati diri yang kukuh dan mencorak personaliti diri yang unggul dan berketrampilan. 

Pertama sekali, keyakinan diri adalah bukan sesuatu yang dimiliki secara semulajadi dan sudah sedia wujud dalam diri setiap individu. Keyakinan diri selalunya terbentuk daripada latar belakang diri seseorang individu tidak kira sama ada keluarga mahupun alam persekolahan. Keluarga merupakan entiti terdekat yang membantu perkembangan diri individu. Alma mater pula merupakan entiti kedua yang bertindak sebagai rumah kedua bagi pelajar-pelajar. Jadi, guru-guru memegang peranan sebagai ibu bapa kedua para pelajar. 

Kita seringkali mendengar masalah para pelajar yang sukar berkomunikasi sesama sendiri dan masyarakat sekeliling. Mungkin ada antara anda yang mengalami masalah ini dan sedang mencari resolusi bagi menyelesaikan masalah anda. Oleh itu, kami akan berusaha menjadikan blog ini sebagai medium bagi membimbing rakan-rakan dengan nasihat dan maklumat.

Penting bagi anda untuk menyedari bahawa keyakinan diri diperlukan dalam kehidupan seharian bukan sahaja untuk berhadapan dengan masyarakat malah dengan diri sendiri. Para pejuang yang berjihad juga memerlukan keyakinan diri yang mantap sebelum meneruskan jihad. Bagi umat Islam, penting untuk kita meyakini Allah sebagai pembantu kita dalam kehidupan seharian. Kita perlu yakin bahawa Allah mampu membantu kita dan kita juga perlu sedar bahawa sekiranya kita ditimpa sebarang ujian, pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. 

Keyakinan diri akan memberi impak jangka panjang terhadap kehidupan kita terutamanya sebagai seorang pelajar. Banyak cabaran serta peluang yang menanti. Bahkan untuk memberanikan diri bagi merebut peluang juga memerlukan keyakinan diri. Tanpa keyakinan diri, mampukah setiap perkara dilaksanakan? ANDA MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI. Mungkin anda cuma mempunyai masalah bagi meningkatkan keyakinan diri anda. Oleh itu, kenal pasti apakah masalah anda yang menyebabkan anda kurang yakin dan konfiden. 


Selain itu, anda juga tidak semestinya mendengar seratus peratus komen daripada rakan-rakan atau orang-orang sekeliling. Bagus sekiranya anda mampu menjadi terbuka dan menerima pendapat orang. Tetapi, anda juga perlu percaya dengan diri sendiri. Dapatkan nasihat daripada kaunselor mahupun rakan-rakan sekiranya ahli keluarga anda tidak berkesempatan untuk mendengar masalah anda. Amalkan sikap saling membantu antara rakan agar anda sama-sama mampu berjaya. 

Kami berharap entri ini mampu membantu anda menangani masalah keyakinan diri. Sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih, anda dialu-alukan bertemu dengan Pembimbing Rakan Sebaya yang sedia membantu anda.


Renung-renungkanlah dan selamat beramal! Terima kasih kerana membaca :)

Ahad, 18 September 2011

E-learning dan era teknologi. Kita di tahap mana?

Salam sejahtera buat semua. Bagi entri kali ini, kami ingin berkongsi sedikit maklumat menarik tentang proses pembelajaran di sekolah. 






Kebanyakan remaja pada era teknologi maklumat ini mempunyai kecenderungan untuk menggunakan teknologi. Revolusi demi revolusi dalam teknologi membolehkan semakin banyak perkara boleh dilakukan. Sememangnya, apabila memasuki sekolah berasrama, remaja tidak berpeluang memperuntukkan masa bersama kemudahan yang ada di rumah. Kebanyakan merungut. 


Namun, lain halnya di Sekolah Seri Puteri. Anda boleh menarik nafas lega kerana Sekolah Seri Puteri merupakan sebuah sekolah yang bestari yang mana salah satu daripada niche area sekolah adalah ICT( Information and Communication Technology ). Bukan sekadar mempunyai kelengkapan komputer serba baru dan moden, sekolah turut mendapat akses Internet 24 jam yang memungkinkan e-learning dijalankan. Selain itu, sekolah mempunyai pelbagai kelengkapan lain seperti Interactive White Board, TV Plasma dan LCD.
Setiap kelas juga diberikan sebuah komputer.


E-learning merupakan medium pembelajaran yang baru sahaja digunakan dan semakin meluas penggunaannya. Kemudahan yang telah tersedia dimanfaatkan sebaiknya. 


Walaubagaimanapun, E-learning tidak digunakan secara holistik. Oleh yang demikian, keberkesanannya tidak boleh diukur mengikut mana-mana piawaian. Tetapi, berdasarkan feedback yang diperolehi daripada murid-murid, ternyata E-learning merupakan satu kaedah yang efektif dan mampu menarik minat murid-murid untuk belajar. 


Memang tidak dinafikan, susah bagi membendung penyalahgunaan dalam kalangan pelajar. Namun, jika tuntutan untuk belajar menggunakan E-learning ada, bukan sahaja dalam kalangan murid-murid, tetapi juga guru-guru, tidak menjadi masalah sekiranya sekali-sekala, mereka ingin membuka laman sesawang sosial dan belajar sambil mendengar lagu. Tambahan pula, setiap murid mempunyai cara belajar mereka tersendiri. E-learning turut memudahkan proses pembelajaran sekaligus membantu guru meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap sesuatu topik disebabkan sifatnya yang interaktif.


Daripada perspektif seorang pelajar, e-learning mungkin hanya merupakan salah satu medium yang guru mereka gunakan untuk mengajar. Namun, daripada satu sudut pandangan yang lain, mereka perlu menyedari bahawa E-learning memberikan manfaat yang lebih dari sekadar belajar. Gunakanlah manfaat yang dimiliki ini sebaik mungkin kerana bukan semua orang mendapat kelebihan yang anda miliki ini.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal! Terima kasih kerana membaca :)

Isnin, 12 September 2011

Pemilihan Kerjaya

Adakah rakan-rakan sudah mampu melihat bayangan masa hadapan anda semua? Bermula dengan jejak yang perlu anda ikuti satu persatu daripada alam persekolahan sehinggalah ke menara gading, adakah semuanya telah pasti? Atau mungkin, pandangan anda masih kabur?




          Sebenarnya, anda perlu menyedari, pilihan perlu dibuat bagi mencorak masa hadapan yang anda idam-idamkan. Persoalannya, adakah anda sudah mendapat gambaran secara jelas kerjaya yang bakal anda pilih?

          Oleh yang demikian, bagi membantu untuk menjadi pemudah cara bagi pemilihan kerjaya anda, kami berkongsi sedikit info.

          Sebelum itu, kami ingin mengingatkan, proses pemilihan kerjaya ini bukan mudah. Terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah kelulusan akademik dan minat. Faktor-faktor sampingan juga perlu diambil berat seperti keluarga. Oleh itu, anda perlu bijak membuat keputusan. Dapatkan lebih informasi di laman sesawang pada pautan di bawah : -

 http://www.psychologytoday.com/basics/career

 Semoga informasi yang dikongsi membantu anda!







Selasa, 6 September 2011

APABILA ROH TIDAK TENTERAM .




Semua manusia tahu dia akan mati dan meniggalkan badan ini suatu hari nanti tetapi dia tidak sedar atau bersedia untuk menghadapi kematian. Ini yang menyebabkan roh manusia yang belum bersedia menemui kematian tidak tenteram setelah meninggalkan badannya.

Roh-roh ini tidak tenteram kerana dia tiada sebarang info atau pengetahuan tentang kematian dan tidak bersedia untuk menghadapinya. Dalam banyak kes roh orang yang mati dengan tiba-tiba seperti kemalangan , dibunuh atau mati dalam tidur tidak akan sedar bahawa dia sudah mati . Rohnya akan percaya bahawa dia sedang tidur atau hanya meninggalkan badannya buat sementara seperti ” Astral Projection “. Roh-roh yang mati sebegini akan cuba untuk memasuki kembali kedalam badannya atau badan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Roh-roh ini juaga akan mencari bantuan dari ahli keluarga , saudara mara , kawan-kawan atau orang yang mampu berhubung dengan roh untuk teruskan kehidupan.

Roh orang yang mati bunuh diri , dibunuh atau mati diseksa akan kembali untuk mencari orang yang menyebabkan kematiannya. Pelbagai gangguan , masalah , penyakit , kesusahan akan diberikan oleh roh itu kepada orang yang menyebabkan kematiannya , malahan ada juga yang membunuh pesalah. Roh-roh ini akan mengambil sebuah jangka masa untuk mengembali kerana terlalu panik dan takut dengan kematiannya  , ia tidak dapat membuat sebuah keputusan dengan cepat.

Roh orang yang mati dalam usia yang muda dan roh orang yang sangat kuat hawa nafsunya akan kembali , untuk memuaskan nafsunya. Mereka akan mencari orang yang hidup dengan cara hidup yang mereka gemari , dan mendampingi mereka . Contohnya : Kaki perempuan , kaki botol , kaki judi dan sebagainya.

Roh orang yang meninggal dalam usia yang tua dan roh orang yang mati selepas berpenyakit berpanjangan , tidak akan kembali kecuali untuk tujuan membantu. Mereka tidak kembali kerana mereka sudah kenal maksud kematian semasa mereka masih hidup dan mereka meniggalkan badan badan ini dengan rela hati.


ADAKAH KARMA ITU DIWARISI?




Adakah dosa , pahala atau karma  seseorang  akan diwarisi oleh anak – anaknya , keturunannya  atau ahli keluarganya  yang lain?. Kita mungkin pernah dengar , jika seseorang melahirkan anak yang cacat atau kurang upaya , anak itu akan diketogorikan sebagai anak hasil dosa atau karma ibu bapanya . Sama  juga , apabila seorang anak hidup dengan  kemewahan , kehidupan anak tersebut akan diketogorikan sebagai  hasil  pahala  ibubapanya.
 Adakah hasil dosa atau pahala seorang  ibubapa  akan diwarisi oleh generasinya ?  Sudah tentu tidak !!
Jika kita lihat dari sudut spiritual dan hukum alam setiap seorang manusia yang lahir kedunia ini adalah sebuah kehidupan yangberlainan dan tiada sebarang hubungan dengan sebuah nyawa yang lain , kecuali hukuman karma .Seorang manusia melahirkan dan membesarkan seorang manusia yang lain mengikut ikatan karma. Hubungan keluarga , ibubapa , adik beradik , suami isteri , sanak saudara , kawan-kawan dan sebagainya ditentukan mengikut ikatan karma sahaja.

Seorang akan melahirkan anak yang cacat , hanya jika dia ada baki karma buruk yang belum dijelaskan. Seorang manusia hanya akan lahir dengan kekurangan jika dia ada karma yang perlu dijelaskan. Apabila seorang ada karma untuk melahirkan anak yang cacat dan seorang lagi ada karma untuk lahir sebagai cacat , kedua-dua orang ini akan disatukan dengan ikatan karma dan dihubungkan sebagai ibubapa dan anak. Seorang anak bukan lahir dengan kekurangan kerana karma ibubapanya tetapi , kerana hasil karmanya sendiri.

  • Bilakah dia lakukan karma tersebut ?
  • Adakah pada kehidupan sebelumnya?
  • Pernahkah dia hidup didunia ini sebelum ini ?

Ya ! Dia pernah hidup didunia ini sebagai manusia sebelum ini . Dosa yang dia lakukan pada masa itulah yang diwarisinya pada kehidupan ini . Jika kita melakukan dosa pada kehidupan ini dan mati sebelum menyelesaikannya , kita akan lahir semula dan menyelesaikan karma hasil dosa kita dari kehidupan sebelumnya. Agama Budda , Zen , Samanam , Sikh , Hindu dan sebagainya percaya manusia akan lahir kedunia ini berulang kali sehingga dia menyelesaikan semua baki karmanya.

Saya percaya kepada hidup dan mati berulangan (reincarnation) , saya  tak suruh anda percaya kepada hidup dan mati berulangan (reincarnation) . Percaya atau tidak itu terpulang kepada kepercayaan masing-masing.


Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada yang dikerjakannya [ Al Quran : 74 : 38 ]

APA ITU AURA?




Aura adalah sebuah cahaya yang mengelilingi badan manusia dan binatang . Aura boleh dikatakan salah sebuah badan manusia yang ditempatkan diatas kulit manusia. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh disedar. Aura mengeluarkan gelombang dan cahaya yang berbeza setiap masa mengikut perasaan , fikiran , motif dan hati kita. Aura kita menjadi medium atau perantaraan diantara sesama manusia , binatang dan elemnt alam ini.

Apabila kita melihat seseorang perasaan kita akan berubah , sama ada gembira ,marah ,suka, duka , benci , sayang dan sebagainya. Ia berpunca dari gelombang yang disebarkan oleh aura orang tersebut. Kita selalunya dapat ingatan , pesanan dan amaran dari perasaan dan bisikkan hati  dari pada aura kita.

Mengapa Kita Bermimpi?






Mimpi ujud dalam beberapa kategori sama ada tindak balas diatas masalah stress , penat atau keinginan kita .
Mimpi tindak balas terhadap cita-cita , duka cita , gembira atau perasaan lain yang terpendam dalam hati dan minda kita.
Mimpi tindak balas terhadap apa yang roh kita lihat semasa badan kita tidur.
Berita atau info yang kita terima dari alam ini dalam mimpi .
Berita , info dan arahan yang kita terima dari makhluk lain sama ada manusia lain , binatang ,makhluk halus dan lain-lain.
Mimpi yang bermaksud atau mimpi yang membawa berita untuk kita biasanya akan ujud dalam lingkungan 4 hingga 6 pagi. Mimpi yang ujud dalam masa lain tidak perlu diberi perhatian atau kepentingan .
Jika kita dapat melihat mimpi yang ada maksudnya , kita tidak akan melupakan mimpi tersebut , jadi jika kita terlupa sesuatu mimpi tak perlu risau lagi.