Sabtu, 1 Oktober 2011

Percintaan dan Remaja

Saya positif bahawa terdapat sebahagian besar daripada remaja yang mempunyai konflik dengan percintaan. Sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana gagal dalam bercinta serta berjanji dan bersumpah untuk setia. Apa yang dijangka hujan sampai ke petang, namun hujan di tengah hari.

Pelbagai masalah timbul akibat percintaan, namun tidaklah sesekali bercinta itu dikategorikan sebagai satu kesalahan.Cinta yang tulus masih lagi satu perasaan yang suci antara manusia. Namun, untuk bercinta pada usia yang muda, adakah itu satu keperluan? Ruang yang luas disediakan untuk anda berfikir dengan lebih terbuka apakah impak-impaknya serta mengapa anda ditegah untuk bercinta sewaktu remaja?

1. Anda perlu membahagikan tumpuan anda kepada empat perkara penting dan selalu yang terjadi adalah anda lebih menumpukan kepada kekasih anda dan seterusnya memberi impak kepada, keluarga, rakan-rakan serta pelajaran yang semakin terabai. Fokus yang semakin pudar akan menyebabkan anda tidak lagi berminat untuk belajar. Seterusnya mengganggu laluan masa hadapan anda yang cerah.

2. Kedua, satu hakikat yang perlu diterima semua remaja, walaupun kita merasakan kita sudah dewasa dan mampu berfikiran matang, Kita masih belum. Fikiran kita yang masih belum matang akan menyebabkan percintaan kita itu kadang kala hanyalah satu permainan. Segala janji yang ditabur lahir daripada fikiran yang masih belum matang. Sedangkan masa hadapan dalam pekerjaan serta pelajaran masih belum terlihat, bagaimanakah kita mampu melihat masa hadapan yang cerah bagi sebuah keluarga?

3.Perpisahan merupakan satu perkara yang paling susah untuk dikendalikan oleh pasangan yang bercinta. Di waktu remaja, kerja yang tidak matang sering dilakukan. Sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana terlampau kecewa dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang melanggar hukum agama dan sebagainya. Cinta merupakan salah satu faktor utama masalah sosial remaja pada zaman sekarang.

Namun, kami langsung tidak menafikan bahawa masih ada pasangan remaja yang kekal hingga ke jinjang pelamin. Cinta itu masih sesuatu yang indah dan suci jika ia benar-benar lahir dari hati dan jiwa bukan dari nafsu semata-mata. Janganlah kita mencarinya kerana sesungguhnya cinta yang benar akan datang kepada kita suatu hari nanti , pada masa yang tepat dan sesuai. Percayalah padaNya serta takdir yang ditentukan-Nya.

Cinta pada bunga, bunga akan layu.
Cinta pada harta, harta akan habis.
Cinta pada manusia, manusia akan mati.


Maka cintailah Dia yang Maha Mencintai.



-Seri Amalina

1 ulasan:

  1. Caesars Entertainment reopens at Harrah's Atlantic City - DRM
    LAS VEGAS (KLAS) - 수원 출장마사지 Caesars Entertainment has reopened its doors 과천 출장샵 to 전주 출장샵 guests after a Caesars Entertainment will 제주 출장마사지 reopen its Harrah's 하남 출장마사지 Atlantic City

    BalasPadam