Ahad, 22 Januari 2012

Kempen 3S - Senyum Sapa Salam

Assalamualaikum wbt. Apa khabar pembaca blog UBK sekalian? Baru-baru ini, Sekolah Seri Puteri telah melancarkan Kempen 3S - Senyum, Sapa dan Salam sebagai satu galakan bagi warga sekolah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan cara yang begitu mudah, iaitu senyum, sapa dan salam.


'Button' Kempen 3S


'Button' ini wajib dipakai oleh semua warga sekolah sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini :)


Pagi Majlis Pelancaran.



Persediaan bagi gimik pelancaran.


PRS Tingkatan 5 - masih menjalankan tanggungjawab!




Guru-guru Sekolah Seri Puteri.



Bonda Hajah Rashidah, Pengetua Cemerlang Sekolah Seri Puteri memberikan ucapan.




Bonda, Mama Mona dan Pn. Hajar melepaskan belon sebagai simbolik perasmian kempen ini.



Guru-guru turut melepaskan belon masing-masing.




Bonda menyampaikan 'button' kepada wakil guru, staf dan murid.


Perancangan aktiviti sepanjang kempen berlangsung.


Video ringkas pengenalan Kempen 3S yang dibuat oleh PRS Tingkatan 5.



Pengucapan awam yang menarik daripada Edda Nadira, wakil PRS Tingkatan 5.







Persembahan koir murid-murid Tingkatan 3 yang turut disertai semua warga sekolah.

Diharap kempen ini akan mendapat sambutan baik daripada seluruh warga Sekolah Seri Puteri. Komunikasi yang baik akan mengeratkan ukhwah.


Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.


Sesungguhnya, senyum itu sedekah. Renung-renungkanlah dan selamat beramal! :)







NNASNM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan